majlis makan malam dengan mantan-mantan bos jb dan kengkawan jaksa lain di restoren perantau jln sg. merap, kajang..
jb kena berucap..so ini yang jb fikirkan dari malam tadi..
bacalah..
= =
huhu..
" Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera....
terima kasih semua hadirin yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada malam in...
terima kasih semua hadirin yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada malam in...
Sebelum lidah memancar kata …izinkan saya berpantun serangkap dua…
Berlenggang anggun si dara jelita..
tersadung jatuh di tunggul mati…
jasa para mantan tidak dilupa..
restoran perantau sungai merap jadi saksi..
tersadung jatuh di tunggul mati…
jasa para mantan tidak dilupa..
restoran perantau sungai merap jadi saksi..
Berjalan gajah jauh tersesat..
Di kolej amin berhenti langkahnya kaki..
Seringit harga sekotak air di B-mart..
Tidak ternilai bandingan jasa si JAKSA bestari..
hadirin,
Hari ini adalah realiti..
Realiti yang mana kita meraikan wira-wira yang berjasa kepada kolej..
Hari ini adalah realiti..
Realiti yang jelas kita tampak tanggungjawab tergalas kepada waris wirawan-wirawati ini.
Hari ini adalah realiti..
Realiti yang kita meneruskan kegemilangan kepimpinan mereka yang disanjung ini…
Dahulunya kalian juga insan biasa seperti yang lain..tetapi karisma pemimpin manakan bisa disembunyikan. Oleh itu,terlakarlah sejarah kalian menjadi teraju kepada kolej aminuddin baki yang dicintai sekalian penghuni.
Hadirin sekalian.
Ucapan ribuan terima kasih sahaja tidakkan dapat menggambar serta melakar betapa besar bakti yang dicurahkan mereka kepada kita..Besar sungguh jasa mereka kepada kita juga bakti kepada kolej tercinta.Komitmen mereka amat dikagumi.Penat lelah mereka berbaloi dengan pencapaian yang membuka mata sekalian warga UKM.
Saya mewakili jaksa sesi kali ini dan sekalian penghuni mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen yang kalian berikan sepanjang kalian menggalas tanggungjawab sebagai jaksa dan kami mohon agar para mantan dapat membantu kami yang masih meniti titian tanggungjawab jaksa sebagaimana kalian meggenggamnya dulu.
Oleh itu, terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua mantan dan diharap ukhwah kita akan berpanjangan.izinkan saya memetik definisi tindakbalas termonuklear yang mana tindakbalas termonuklear adalah proses pembentukan ikatan nuklid yang mantap daripada ikatan nuklid yang longgar serta disusuli oleh pembebasan tenaga. Maksud saya disini adalah dari ukhwah yang longgar kita dapat rapatkan ukhwah tersebut agar momentum kejayaan yang selama ini dikecapi dapat dikekalkan atau terus dipecut untuk menggapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
sekian. assalamualaikum wbt."
apa macam,??
oke tak?
sempat edit ni kalau nak,.
hehe..
anyway jitra punya enset rosak dan malangnya tiada telefon spare..
sedihnyer..=(
hope da medium yang dapat hubungkan kitorg balik...
*kak jan..mish u sis..='(
by jitra (^^) n (--) jb
oke tak?
sempat edit ni kalau nak,.
hehe..
anyway jitra punya enset rosak dan malangnya tiada telefon spare..
sedihnyer..=(
hope da medium yang dapat hubungkan kitorg balik...
*kak jan..mish u sis..='(
by jitra (^^) n (--) jb
No comments:
Post a Comment