Friday, 21 October 2011

minggu ini....

assalamualaikum...=)
minggu ni...
urmm,...

dari isnin sampai khamis pergi kuliah macam biasa...
skip program universiti (hehe...jahat kan jb)

hari rabu semalam pergi ke kem saujana asahan, melaka..
untuk melihat tempat induksi yang akan diadakan minggu depan oleh PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI JOHOR (PERMAJ)..

hehehehehe..
melaka ngn bangi kan macam sebelah hidung..
so balik hari je..
dalam pukul 9 malam jb sampai UKM balik..

minggu ni juga jb join SUKEM lagi..
kali ni acara taekwondo pula..
harap ada rezeki yang ALLAH nak beri..
=)
doakan jb ye..
macam tak ada perasaan nak main..
huhu..
kategori : FIN male..
dari tingkat 3 sampai sekarang,.
tak pernah nak naik..hehe..

doakan jb ye..
minggu depan ada mid sem radiokimia..ni pon tak cover lagi....
huhu..
pandai-pandai ye urus masa kalian..
jangan jadi macam jb..

okelah..
tetibe mood nak menaip ada..
(sambil menunggu mood nak study datang....= = '''  )


okelah..
love u'ollllzzzz..
n u too jitra..=)
assalamualaikum..

by jitra (^^) n (--) jb

Thursday, 13 October 2011

malam penghargaan mantan jaksa.. (^^)

15 oktober 2011..insyaallah..
majlis makan malam dengan mantan-mantan bos jb dan kengkawan jaksa lain di restoren perantau jln sg. merap, kajang..

jb kena berucap..so ini yang jb fikirkan dari malam tadi..
bacalah..
= =
huhu..

" Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera....
terima kasih semua hadirin yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada malam in...
Sebelum lidah memancar kata …izinkan saya berpantun serangkap dua…

Berlenggang anggun si dara jelita..
tersadung jatuh di tunggul mati…
jasa para mantan tidak dilupa..
restoran perantau sungai merap jadi saksi..

Berjalan gajah jauh tersesat..
Di kolej amin berhenti langkahnya kaki..
Seringit harga sekotak air di B-mart..
Tidak ternilai bandingan jasa si JAKSA bestari..

hadirin,
Hari ini adalah realiti..
Realiti yang mana kita meraikan wira-wira yang berjasa kepada kolej..

Hari ini adalah realiti..
Realiti yang jelas kita tampak tanggungjawab tergalas kepada waris wirawan-wirawati  ini.

Hari ini adalah realiti..
Realiti yang kita meneruskan kegemilangan kepimpinan mereka yang disanjung ini…

Dahulunya kalian juga insan biasa seperti yang lain..tetapi karisma pemimpin manakan bisa disembunyikan. Oleh itu,terlakarlah sejarah kalian menjadi teraju kepada kolej aminuddin baki yang dicintai sekalian penghuni.

Hadirin sekalian.
Ucapan ribuan terima kasih sahaja tidakkan dapat menggambar serta melakar betapa besar bakti yang dicurahkan mereka kepada kita..Besar sungguh jasa mereka kepada kita juga bakti kepada kolej tercinta.Komitmen mereka amat dikagumi.Penat lelah mereka berbaloi dengan pencapaian yang membuka mata sekalian warga UKM.

Saya mewakili jaksa sesi kali ini dan sekalian penghuni mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen yang kalian berikan sepanjang kalian menggalas tanggungjawab sebagai jaksa  dan kami mohon agar para mantan dapat membantu kami yang masih meniti titian tanggungjawab jaksa sebagaimana kalian meggenggamnya dulu.
Oleh itu, terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua mantan dan diharap ukhwah kita akan berpanjangan.izinkan saya memetik definisi tindakbalas termonuklear yang mana tindakbalas termonuklear adalah proses pembentukan ikatan nuklid yang mantap daripada ikatan nuklid yang longgar serta disusuli oleh pembebasan tenaga. Maksud saya disini adalah dari ukhwah yang longgar kita dapat rapatkan ukhwah tersebut agar momentum kejayaan yang selama ini dikecapi dapat dikekalkan atau terus dipecut untuk menggapai kejayaan yang lebih gemilang  pada masa akan datang.

sekian. assalamualaikum wbt."

apa macam,??
oke tak?
sempat edit ni kalau nak,.
hehe..
anyway jitra punya enset rosak dan malangnya tiada telefon spare..
sedihnyer..=(
hope da medium yang dapat hubungkan kitorg balik...
*kak jan..mish u sis..='(

by jitra (^^) n (--) jb


Saturday, 8 October 2011

update balik..(^_^)

assalamualaikum..
selamat berpuasa..selamat hari raya..selamat hari kemerdekaan dan selamat hari malaysia....hheehe..
sebab lama tak update kan...
lama giler rasanya tak update..
nak story pape pon tak tau,..
jitra pon da kat rumah sekarang..
harap jitra dapat keputusan yang terbaik dalam exam final beliau..=)
aminnnnnn.........

jb macam biasa melalui hari2 sebagai pelajar..
sebagai wakil kolej..huhu..
sedikit sibuk dengan aktiviti pelajar..assignment yang nak mula melambak..
sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) lagi,.
membantu JAKSA SUKAN melatih atlet2 untuk sukan2 yang dipertandingkan..
stakat ni oke je la,.
alhamdulillah....

sejak2 jadi MPP kolej ni..agak kesuntukan masa juga..
akademik macam kucar-kacir ..
masa tidur pon da tentu...
jitra pon paham jb macam mana sejak dapat amanah ni...
thanz ea dear..
(^.^)

psssttt..
kak unimas.. owg bukan sombong tak nak text..xp heehehe..
akk pon taw owg mcmna kan,.=)

esok pulak : ahad - (9/10) ada MAJLIS RAMAH MESRA PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI JOHOR (PERMAJ) UKM 8 malam...
jb sebagai ajk makanan secara tak langsung terlibat utk majlis tersebut..

mood : mkn free..weeee~
hope me just be fine..

nanti kalau jb dah beli card reader baru nanti jb upload gamba2 ea..
maaf sangat2..

oke la..
da lambat..
sok ingat nak join program kesihatan UKM anjurkan kat stadium universiti..
kalau rajin la tapi..hehe..

assalamualaikum..
selamat malam...

with love
(^^) jitra n jb (-_-)