sekadar meluahkan perasaan........
agar dikau faham manusia ini tak berubah hati untuk sekian kalinya....
sedar....
manusia ini bukan baik...
tapi ingin menjadi yang terbaik..
kenapa perlu memuji orang lain?..
kenapa perlu merekrut kenangan zaman silam?..
kerana dia yang terbaik??
mungkin...
adakah kerana masih ada sekelumit sayang dalam hati terhadapnya lagi?
sehingga tidak dapat menerima manusia ini sebegini??
seperti mulanya gersang..
manusia ini tidak mengerti kenapa perlu..
masih......
manusia ini masih melangkah dengan harapan..
yang kepercayaannya terhadap manusia ini tidak kan kurang..
manusia ini tidak pernah nampak pemberian orang lain??
adakah manusia ini terlampau rendah ??
sehinggakan tidak dapat melihat pemberian indah itu??
malu..
manusia ini segan mengatakannya kerana..
ianya murni..
seringkali salah tafsiran mengundang dukacita..
fahamilah......
manusia ini tidak mungkin berkata betul untuk setiap masa..
manusia ini perlukan kawan..
untuk memacu kehidupan yang lebih bermakna..
berbalah tidak semestinya ada pemenang..
andai dua-duanya faham akan keperluan bersatu hati..
cukuplah..
hati ini terseksa..
tekanannya cukup untuk memberhentikan neutron yang memecut..
tapi stress sedemikian dilonggarkan dengan senyum dan nada suaramu..
terngiang hilai tawa manja ketika manusia ini berseloroh denganmu..
tapi sekali lagi kecewa apabila perhatian ditagih ..
kurangnya minat terhadap manusia ini yang sebegini..
manusia ini amat bersalah padamu dan tuhannya..
manusia ini berharap terlampau tinggi..
sedangkan dirinya tidak mampu..
kerana apa manusia ini mencabar dirinya?
kerana manusia ini perlu teman sehati dan sejiwa..
untuk berkongsi dan mencurah kasih..
walaupun tanpa X-faktor yang dicari oleh dirimu..
apapun perkataanmu..
semuanya bermakna bagi manusia ini..
hati bagaikan tisu yang dikoyak..
pabila orang lain yang menjadi butir katamu..
menganggap manusia ini tidak setanding dirinya yang kau maksudkan..
manusia ini menyisihkan diri keranamu sudah ada yang sedia membuatkan dirimu bahagia..
manusia ini kosong..
tidak manusia ini menyalahkan semuanya padamu..
tapi kenalilah hati manusia ini..
perubahan yang tak terjangka manusia ini membuatkan keadaan kacau..
tidak mengapalah..
dikau resah akan hilangnya sayang manusia ini..
tapi dikau percayalah..
ALLAH pelihara sayang ini untukmu..
andai tidak kita khianati hubungan ini..
No comments:
Post a Comment